PAKEJ DAN TEMPAHAN






Terms & Conditions 

Bakal pelanggan yang dihormati, anda dinasihatkan membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Shaf Artwan Studio Photography . Dengan membuat tempahan, bermakna anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat telah dinyatakan. Pihak kami berhak mengubah terma dan syarat tanpa pemberitahuan kepada pelanggan.

1. Harga Dan Pekej
 -Harga dan kandungan akhir sesuatu pakej adalah berdasarkan pekej yang telah ditetapkan oleh Shaf Artwan        Artwork Deparment

2. Tempahan
-Segala tempahan yang dilakukan, mestilah sekurang-kurangnya tingga minggu awal dari tarikh  Event/Wedding/PhotographyArt
-Tempahan adalah Melalui ORDER FORM yang disediakan dan akan disusuli dengan pengesahan dari pihak Shaf Artwan
-Tempahan Rasmi hanya akan diambil kira setelah pelanggan Mengisi Borang Rasmi, Menandatangani Surat Terma dan  Syarat  perkhidmatan serta membayar deposit untuk perlindungan hak masing-masing.
-Tarikh hanya boleh ditukar sekiranya ada kekosongan di pihak Shaf Artwan Artwork Department.

3. Pembatalan Tempahan
-Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan dilakukan.
-Namun, pihak Shaf Artwan Artwork Department akan membatalkan tempahan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini dengan memberikan semula wang deposit atas budi bicara pihak kami.

4. Struktur Bayaran
- Cara pembayaran adalah 50% untuk deposit dan lebihan lagi 50% setelah produk siap.

5. GAMBAR DAN HAKCIPTA
-Kesemua gambar / video adalah menjadi hak milik Shaf Artwan Artwork Department . Pelanggan diberi pelepasan hakcipta untuk menggunakan  gambar / video hanya untuk tujuan peribadi.
-Shaf Artwan ArtWork boleh menggunakan apa jua medium fotografi / sinematografi  dalam merakamkan majlis pelanggan.
-Shaf Artwan ArtWork berhak menggunakan gambar / video pelanggan untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan  promosi berkaitan tanpa mendapat persetujuan pelanggan terlebih dahulu dengan mengambil kira faktor-faktor yang  difikirkan sesuai.

6. Tempoh Menunggu dan Penghataran Album
-Tempoh standard menunggu album adalah sehingga 2 minggu awal dan 4 minggu paling lewat.
-Penghantaran melalui Kurier atau Pos Laju bergantung pada kadar semasa dan kos penghantaran dan pembungkusan akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

7.Item Percuma
-Pihak Shaf Artwan Artwork Department kebiasaannya memberi item PERCUMA sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami. Item PERCUMA ini tidak boleh ditukar dan harus diterima seadanya. Kami tidak akan melayan sebarang aduan mengenai Item PERCUMA.

8. Kepercayaan Bersama
-Pihak Shaf Artwan Artwork Department dan Pelanggan mengakui bahawa ianya adalah mustahil bagi memperuntukkan terhadap setiap perkara yang mungkin berlaku di luar jangkaan seperti kemalangan, kematian, kerosakan kenderaan, bencana alam, kecurian dan sebagainya sebelum, semasa dan selepas majlis dan dalam semasa perlaksaan khidmat dan produk yang telah dijanjikan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, Shaf Artwan Artwork Department dan Pelanggan hendaklah berunding secara jujur hati dan menggunakan segala keupayaan mereka untuk mencapai persetujuan bersama mengenai apa-apa tindakan yang perlu dan saksama dalam menghapuskan sebab atau sebab-sebab keadaan tersebut.

**Hanya Sekitar Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor Sahaja. Extra Charge akan dikenakan untuk sesi di luar kawasan. (TOL MINYAK DAN PENGINAPAN) **Tertakluk BudiBicara antara Jurugambar Dan Anda (Diluar Kawasan) (Copyright Alright reserve By Artwan PhotoMedia Deparment Of Photography TEL 013 644 6167)

        **UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORANG DIBAWAH SETIAP HALAMAN**

No comments:

Post a Comment